10 December 2010

Lawat Hong Kong: Makan di Wakas Mess

Pada malam terakhir di Hong Kong, kami ke restoran Wakas Mess untuk makan malam. Kedai India Muslim yang terletak berhampiran dengan tempat penginapan kami. Pada malam tersebut, kami membuat pesanan nasi beriani, roti naan garlic dan udang masak Masala. Kos untuk makan malam di Wakas Mess ialah HK$140. Harga lebih kurang dengan di restoran Pakistan sebelum ini di Hong Kong.

Warga Hong Kong juga kelihatan ramai yang singgah di sini untuk makan masakan India.

Pada keesokkannya kami singgah lagi ke Wakas Mess sebelum bertolak ke Macau. Pagi tersebut, kami membuat pesanan roti naan garlic dan kari udang pula.

Ikuti entry seterusnya mengenai aktiviti kami di Macau pula.

Galeri gambar










Sarapan pagi:



EmoticonEmoticon