19 December 2010

Kami menjadi pengguna iPad

Kami menjadi pengguna iPad. Kenapa kami?
Sebenarnya Mrs Sop yang berjaya membelinya dan Sop hanya follow dari belakang.huhuhu! Mrs Sop mula meminati iPad ini sejak balik dari lawatan ke Hong Kong (HK) yang lepas apabila melihat ramai warga HK yang sering dilihat menggunakan iPad di MTR (kereta api bawah tanah). Kami singgah dibeberapa buah kedai di sana tetapi tidak membelinya kerana kuatir jika terdapat sebarang masalah akan menyukarkan nanti.

Sop sendiri amat meminati iPad ini tetapi masih setia dengan PC dan Tablet PC yang ada sekarang. Jika di rumah, Sop banyak menggunakan PC dan jika travel, Sop akan membawa Tablet PC.

iPad tersebut telah dibeli di kedai Machines, KLCC iaitu antara reseller Apple. Jenis iPad yang dibeli ialah 16GB + 3G. Kami bernasib baik kerana ia adalah unit yang terakhir. Semasa kami singgah, beberapa jenis iPad telah kehabisan stok iaitu 32GB dan 64GB. Untuk iPad 3G, masih terdapat beberapa unit.

Tujuan pembelian iPad ialah untuk kegunaan Mrs Sop (Sop boleh la pinjam-pinjam yer) dan anak-anak. Oleh sebab itu, banyak game dimuat turun.

Oleh kerana di Malaysia tidak banyak terdapat WiFi, kami ke Maxis untuk subscribe iPad Broadband. Tawaran istimewa Maxis sekarang ialah plan iPad yang tidak mengenakan sebarang bayaran pendaftaran dan pengaktifan.   Tiada kontrak juga! Pelan yang kami ambil ialah "Entry" iaitu hanya 3.5GB dengan kos RM70 sebulan. Jika iPad tidak menggunakan Mirco simcard, mungkin boleh guna pakai simcard broadband Sop sahaja. Dengan adanya 3G, kami tiada masalah internet lagi!

Pendapat Sop mengenai iPad ialah sangat menarik dan memudahkan untuk kekal online. Namun begitu, ia agak terhad dari segi program, kapasiti dan penggunaan. Tidak seperti laptop yang mampu melakukan banyak perkara seperti penggunaan CD, pindah data, penggunaan banyak software, dan sebagainya. Untuk urusan kerja, iPad adalah tidak sesuai.

Galeri gambar:







EmoticonEmoticon