16 December 2010

Jom berkhemah bersama Azfar

Jom berkhemah bersama Azfar!
Muat ker? huhuuh

Ini cerita mengenai khemah yang diperolehi dari Huggies hasil redeem point yang dikumpul sejak awal pembelian pampers Azfar dan Azwar. Masa kami memngumpul point tersebut, memang tidak menjangkan apa redeem yang akan boleh diperolehi. Selepas 3 tahun hanya gunting dan simpan, akhirnya kami mendapat maklumat mengenai alatan yang boleh ditukar dari point-point tersebut.

Semasa mula menyimpan keratan point tersebut, kami hanya membuat andaian mengkin akan ada buku atau maklumat point untuk ditukar nanti. Hasil yang dikumpul tidak sia-sia apabila melihat alatan yang boleh di tukar.

Kami terpaksa mencari balik keratan-keratan point yang disimpan merata-rata sebelum ini. Selepas dikira, mata yang terkumpul layak untuk membuat redeem 2 barangan.

Selepas menghantar permohonan redeem selama 2 minggu, akhirnya barangan tersebut diterima.

Bolehlah Azfar dab Azwar bermain dengan khemah tersebut. Tetapi sekali buka, habis hampir penuh rumahku yang kecil ini.. huhuhuhu..

Galeri gambar:





EmoticonEmoticon