24 December 2010

Extreme Park di Port Dickson

Salam sejahtera semua..
Entry ini lewat dipublish kerana kesibukkan tugasan dan internet yang perlahan ketika di Port Dickson. Oleh itu, balik ke Kuala Lumpur baru kesempatan untuk membuat entry.

Sepanjang berada di Port Dickson minggu ini, tidak banyak aktiviti yang dilakukan kerana tugasan semasa bengkel agak padat. Hanya waktu senggang sebelah petang yang membolehkan kami merancang aktiviti sendiri. Pada petang hari ke 2 berada di Glory Beach Resort, kami ke Batu 13 Port Dickson untuk melawat Extreme Park iaitu pusat aktiviti acara lasak iaitu Go kart, ATV dan Paint Ball. Sop dan rakan-rakan merancang untuk layan Go Kart.

Perjalan dari Glory Beach Resort ke Extreme Park memakan masa lebih kurang 30 minit. Ini kerana waktu tersebut, kenderaan banyak kerana waktu pulang kerja. Jika perjalanan lancar, ia memakan masa lebih kurang 20 minit sahaja.

Semasa ke Extreme Park, ramai juga pengunjung di situ. Kami berehat seketika sebelum memulakan aktiviti meleper Go Kart. Go Kart dan litar di sini agak baik. Kelajuan Go Kart adalah memuaskan dan kami mampu memecut laju.

Kos untuk aktiviti Go Kart ialah RM 20 untuk 8 pusingan. Manakala untuk ATV, kos untuk 1 perjalanan di kawasan hutan ialah RM50. Pastikan anda membawa pakaian tambahan kerana anda pasti berlumpur. Untuk paint ball pula, terdapat pusat shooter iaitu RM 10 untuk 20 tembakan.

Secara keseluruhannya, kami berpuas hati dengan aktiviti Go Kart petang tersebut. Jika anda ke Port Dickson, pastikan anda singgah ke Extrem Park.

Galeri gambar:














EmoticonEmoticon