13 December 2010

Blogger pelajar vs blogger pekerja

Kadang-kadang Sop terpikir, kenapa zaman Sop belajar dulu masih belum ada dunia blogger ini? Jika tidak, confirm lebih banyak masa Sop boleh habiskan dengan blogger. Tapi hakikatnya masa zaman Sop menjadi pelajar dulu, bukan sahaja komputer sahaja yang susah malah internet pun sama. Laptop memang tidak mampu masa tu, harga semua RM 6 ribu ke atas. Siapa nak guna internet, kena pergi cybercafe atau perpustakaan! Masa itu, tengah hangat mengenai chating-chating!

Tetapi sekarang, internet dan komputer sangat murah. Masing-masing mempunyai komputer/laptop dan internet. Cuma pendedahan yang berbeza. Ada yang masih sibuk dengan game, laman sosial, chating dan sebagainya.

Kembali kepada tajuk iaitu blogger pelajar dan blogger pekerja. Masing-masing mempunyai kelebihan dan kekurangan sendiri. Antara kelebihan dan kekurangan seperti berikut:

Blogger Pelajar
Kelebihan:

  • Mempunyai banyak masa
  • Kurang komitmen berbanding yang bekeluarga
  • Mempunyai idea-idea baru dan terkini
  • Mudah belajar dan penerimaan lebih cepat
  • Mempunyai kenalan lebih ramai
Kekurangan:
  • Kurang pengalaman dan idea penulisan
  • Masalah ineternet dan komputer
  • Perlu tumpukan kepada pelajaran
Blogger Pekerja
Kelebihan:
  • Mempunyai pengalaman untuk dikongsi
  • Mempunyai pandangan yang lebih luas
  • Memiliki akses intenet dan komputer/laptop
  • Mendapat sokongan suami/isteri
Kekurangan:
  • Bebanan tugasan pejabat
  • Komitmet kepada keluarga
  • Gangguan anak-anak
Agaknya bagaimana pula blogger yang bekerja dan dalam masa yang sama membuat partime belajar? Atau sedang belajar tetapi buat part time bekerja? Mungkin lebih tinggi cabaran dan dugaannya, bukan?

Berikut antara kelebihan dan kekurangan yang dapat disenaraikan. Masih terdapat banyak lagi dan ia bergantung kepada individu itu sendiri. Apa yang penting ialah cara masing-masing menyesuaikan diri dengan tugasan harian dan juga blog. Perkara utama perlu didahulukan!

Untuk lebih sistematik, jadual blogger boleh dilakukan untuk memastikan masa lebih terurus. Jika terlalu menumpukan perhatian kepada blog, mungkin terdapat perkara lain yang diabaikan. Begitu juga jika tidak komited terhadap blog, agak sukar untuk berjaya!

Semoga menjadi blogger tidak membebankan kehidupan seharian!
Happy blogging!


EmoticonEmoticon