12 December 2010

Blog Review: SMILE... SMILE... SMILE...

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan. Sop mohon maaf kerana program Blog Review terhenti seketika semasa lawatan Sop ke Hong Kong dan Macau minggu lepas. Tumpuan terpaksa diberikan untuk membuat entry mengenai lawatan tersebut. Oleh itu, hari ini blog review kembali dengan blog:

SMILE... SMILE... SMILE...
MIA' S PERCEPTION... MIA' S INSPIRATION... MIA' S LIFESTYLE...

Pernah singgah ke blog Mia Liana?
Rasanya blog SMILE... SMILE... SMILE... tidak asing lagi kepada ramai blogger kerana Mia bukan sahaja aktif dalam aktiviti blogwalking tetapi menganjurkan peraduan juga. Jumlah follower blog SMILE... SMILE... SMILE... pun telah mencecah 2659 orang (hari ini). Jauh meninggalkan jumlah follower blog RH yang belum mencecah 1000 orang!

Tujuan Mia sertai blog Review ini untuk support program Blog Review anjuran blog RH. Ucapan terima kasih diucapkan kepada Mia.

Jom berkenalan dengan pemilik blog SMILE... SMILE... SMILE...
My Photo
MIA LIANA
JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA
An ordinary woman who is now working at government agency; a 3rd year student pursuing Bachelor of Information Technology at Open University Malaysia; a wife and a mother of 1 year old daughter.
Sop mula mengenali Mia semasa program Nuffnang membuat entry tentang Project Alpha dulu. Masa itu, Mia banyak dapat terpilih dalam entry kerana beliau selalu peka dengan entry Project Alpha dan Sop selalu ketinggalan. Kemudian Sop mendapat hadiah misteri dari peraduan pertama beliau.

Apa itu blog SMILE... SMILE... SMILE...?
Ialah blog peribadi mengenai perjalanan hidup Mia dan juga keluarga beliau. Namun begitu, terdapat maklumat serta perkara menarik lain turut dikongsi bersama dalam entry beliau.

Antara kategori menarik di blog SMILE... SMILE... SMILE... adalah seperti berikut:
Blog Matters
Blog Tagging
Contest
Dari Dapur Mia
Entertainment Matters
Family Matters
From Me
Health
Pearl
Resepi Kuih Malaysia

Untuk senarai penuh, sila klik sini.

Untuk makluman, blog SMILE... SMILE... SMILE... telah bermula sejak Mac 2007 lagi. Mia juga mempunyai kemahiran dalam coding HTML dan sebagainya. Oleh itu, blog SMILE... SMILE... SMILE... memang tiada masalah dari segi template. Beliau juga rajin dalam menukar header dan background blog untuk menjadikan blog sentiasa segar dan menarik!

Jom terjah blog SMILE... SMILE... SMILE... dan berkenalan dengan Mia sekarang! 


EmoticonEmoticon