25 December 2010

Blog Review: saya KILA

Salam 1 Malaysia semua..
Kepada rakan-rakan yang merayakan Hari Krismas, Sop ucapkan "Merry Christmas".


Review blog hari ini ialah blog saya KILA.
Ini blog saya KILA atau blog bla bla bla bla?
Agak musykil apabila lihat header lain, lihat html title lain dan domain lain...
Rumusan mengenai perkara ini akan dibuat di bawah nanti.

Sebelum rumusan mengenai blog ini dibuat, jom kita berkenalan dahulu dengan blog saya KILA ini.

Pemilik bloh ini dikenali dengan Syakilah yang berasal dari Sabah. Seorang yang ceria dan sangat friendly. Syakilah merupakan peminat utama warna pink. Anda suka pink?

Seperti ramai blogger lain, Syakilah mula mengenali dunia blogger dan terus jatuh cinta dengannya. Beliau suka dengan blog buka sahaja untuk berkongsi pengalaman tetapi juga untuk mengenali dunia orang lain. Malah, dengan blogging juga boleh mendapat lebih kenalan.

Sop setuju sangat dengan pendapat tersebut. Blogging kini bukan sekadar diari harian individu. Ia telah menjadi laman sosial yang sangat popular kerana perkongsian pengalaman dan juga maklumat bersama pelawat. Blogging juga mampu memberi pendapatan yang memuaskan jika berusaha ke arah tersebut.

Rumusan mengenai blog saya KILA:

  • Seperti ayam pembuka entry, tajuk blog yang berbeza-beza menjadikan pelawat agak keliru. Perlu membuat pembelulan pada title dalam html code.
  • Domain yang dipilih juga sangat panjang dan menyukarkan pelawat untuk mengingatinya. Domain yang baik ialah domian yang pendek, ringkas dan mudah.
  • Sop suka dengan template yang dipilih kerana simple dan ringkas. Namun begitu, terdapat widget yang penting untuk membantu mempromosi entry lain seperti widget entry terkini, entry berkaitan, follower dan sebagainya.
  • Sop juga suka dengan entry oleh Syakilah yang bersahaja dan menggunakan ayat sendiri. Ia menjadikan pembacaan entry menarik dan merasai originaliti tersebut.
Semoga Syakilah akan maju jaya dalam dunia blogging. Sentiasa mempertingkatkan diri agak menjadi yang terbaik!

Kepada rakan-rakan, jom terjah saya KILA segera!

Jangan lupa support Geng Terjah yer...


EmoticonEmoticon