Blog Review: L.E.N.S.A - N.A.N.I

"Mataku Melihat, Lensaku Merakam" - Blog L.E.N.S.A - N.A.N.I

Blog L.E.N.S.A - N.A.N.I dimiliki oleh seorang juru gambar yang profesional. Hasil gambar yang dimabil sangat mengagumkan. Kelebihan tersebut beliau gunakan untuk berkongsi dengan rakan-rakan dan juga tujuan promosi. Kelebihan tersebut beliau gunakan dengan sepenuhnya untuk mendapat yang terbaik!

Penggunaan warna gelap sebagai warna latar Blog L.E.N.S.A - N.A.N.I satu pilihan yang bijak. Ia dapat memamparkan gambar-gambar beliau lebih terang dan menarik.

Pemilihan template yang tidak menggunakan tempate dibelah kiri atau kanan juga adalah sesuatu yang menarik. Tujuan beliau menggunakan template sebegini ialah untuk memastikan saiz gambar dapat dipaparkan lebih besar dan jelas. Widget-widget telah dimasukkan di bahagian bawah. Namun begitu, Nani masih boleh perkemaskan widget-widget tersebut untuk menjadikan lebih kemas.

Cadangan untuk Blog L.E.N.S.A - N.A.N.I:

  • Menggunakan fungsi 'read more' untuk memastikan 'page blog' tidak berat untuk load. Paparkan hanya 1 gambar terbaik untuk halaman utama dan gambar-gambar lain dalam bacaan penuh. Keadaan sekarang sangat memberatkan blog kerana gambar perlu load sehingga habis. Ditambah pula dengan saiz gambar yang besar dan banyak.
  • Memasukkan top menu untuk memudahkan lawatan mengikut label. Ini kerana blog ini tidak menggunakan sidebar. Agak sukar untuk melihat senarai yang berada di bawah berbanding di tepi. Memasukkan top menu memudahkan sesi lawatan pengunjung.
  • Membuat beberapa setting SEO seperti 'title swap', button share atau like, relate post, dan lain-lain
  • Header masih boleh diperkemaskan. Nama blog tidak dipaparkan dan URL blog kurang jelas. Ia merupakan identiti dan promosi utama blog.
Sekara jujur, Sop sangat jeles dengan kemahiran mengambil gambar yang dimiliki oleh Nani. Kelebihan ini Nani boleh gunakan untuk menarik pelawat ke blog.

Jom terjah Blog L.E.N.S.A - N.A.N.I untuk sokong beliau!

Previous
Next Post »