24 December 2010

Blog Review: Leanna's Blogdrenaline Domain

Salam 1 Malaysia semua..
Broadband Sop telah limit, aktiviti blogwalking dilakukan perlahan dengan membalas jejak rakan-rakan yang singgah. Terima kasih atas lawatan anda semua.

Kembali kepada blog review hari ini iaitu blog Leanna's Blogdrenaline Domain. Blog yang ditulis dalam Bahasa Inggeris ini dimiliki oleh seorang gadis. Ingin berkenalan? Sila lawat blog beliau yer... :)

Blog Leanna's Blogdrenaline Domain merupakan blog peribadi yang menceritakan perkara menarik yang penulis telah lalui. Pengalaman dan kisah beliau dikongsikan dengan baik. Setiap entry juga disertakan gambar yang menjadikan pelawat lebih berminat untuk terus membaca.

Rumusan blog Leanna's Blogdrenaline Domain adalah seperti berikut:

  • Blog yang menarik dan menggunakan penulisan secara tersendiri. Mampu menjadi blog yang unik dan boleh berjaya dalam dunia blogger jika terus berusaha menambahbaik blog dan juga ilmu blogging.
  • Penggunaan Bahasa Inggeris mampu menjadikan blog lebih global. Jika blog Bahasa Malaysia, ia agak terhad dari segi keluasan pembaca. Namun begitu, blog Bahasa Inggeris lebih mencabar dari segi SEO kerana persaingan yang lebih luas. Penulis perlu lebih fokus pada SEO untuk memastikan dapat bersaing dengan blogger luar. Penggunaan tajuk dan enty yang lebih specifik dapat membantu mendapat pelawat dari injin carian.
  • Template yang digunakan adalah menarik. Namun begitu masih boleh diperbaiki seperti warna latar entry yang agak malap apabila digabungkan dengan tulisan hitam. Mungkin boleh lebih cerahkan lagi warna latar entry untuk memastikan tulisan entry lebih mudah untuk dibaca. 
  • Penggunaan widget muzik kurang diminati oleh pelawat. Ia bukan sahaja mengganggu pelawat (jika tidak suka lagu tersebut) tetapi juga melambatkan load blog. Jika berminat dengan widget muzik, mungkin boleh masukkan widget music player yang membolehkan pelawat memasang dan mematikan lagu tersebut.
  • Entry blog Leanna's Blogdrenaline Domain adalah panjang (bersama gambar). Oleh itu, mungkin boleh dihadkan jumlah paparan entry untuk memastikan blog lebih ringan untuk load. Cara lain ialah dengan mebuat read more entry.
  • Kerap lakukan promosi blog untuk meningkakan jumlah pelawat dan follower.
Secara keseluruhan, blog Leanna's Blogdrenaline Domain adalah blog yang baik. Teruskan aktif dalam dunia blog untuk berkongsi pengalaman dan kisah-kisah kehidupan yang menarik!

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Leanna's Blogdrenaline Domain sekarang!


EmoticonEmoticon