14 December 2010

Blog Review: Kau Bunga Cintaku

Pernah singgah ke blog Kau Bunga Cintaku?
Jika belum, jom berkenalan dengan blog Kau Bunga Cintaku yang dimiliki oleh saudari Emma Sherrina.

Ulasan blog:

Blog Kau Bunga Cintaku yang telah bermula Januari 2008 ini menggunakan tema warna gelap iaitu gabungan warna hitam dan ungu. Disamping itu, terdapat beberapa warna lain yang digunakan sebagai tulisan entry.

Pada pendapat Sop, blog Kau Bunga Cintaku agak kabur dari segi pemilihan pengkhususan (niche) kerana Sop sendiri tidak dapat mengklasifikasikan jenis penulisan. Apa yang Sop lihat, banyak mengenai artis tetapi dalam masa yang sama, widget banyak mengenai keluarga. Namun Sop pasti, penulis sangat meminati Shaheizy Sam kerana banyak entry mengenai pelakon tersebut.

Jika dilihat kepada tajuk blog (Kau Bunga Cintaku), mungkin sesuai untuk blog mengenai keluarga, anak, kekasih dan rakan. Adalah penting pemilihan nama blog supaya ia sesuai dengan kandungan blog. Ia dapat membantu membentuk identiti blog. Namun jika tidak mahukan tema penulisan sebuah blog, pastikan pemilihan nama yang boleh memuatkan semua cerita.

Tajuk entry juga memainkan peranan penting untuk SEO. Pastikan tajuk tidak terlalu umum dan ringkas. Ini akan menyebabkan persaingan dalam SEO dan entry kita akan berada dalam hasil carian yang jauh kebelakang.

Dan yang paling penting ialah kemaskini entry. Nyawa sebuah blog ialah entry. Komitmet untuk memastikan blog sentiasa dikemaskini adalah yang paling penting. Berdasarkan analisa blog Kau Bunga Cintaku, didapati penulis jarang membuat update. Contoh pada bulan Disember tahun ini, masih belum ada entry terbaru.

Terdapat beberapa pandangan lain lagi, tetapi mungkin rakan-rakan boleh membantu membuat ulasan tambahan. Apa pendapat rakan-rakan?

Setiap kejayaan blog bergantung kepada usaha kita sendiri. Jika kita inginkan memiliki blog yang dikenali, menjana pendapatan, dan sebagainya perlu berusaha ke arah tersebut.

Setiap blog mempunyai potensi untuk berjaya.

Mohon maaf kepada Emma jika banyak ulasan negatif. Tujuan ulasan hanya untuk penambahbaikkan.

Jom terjah blog Kau Bunga Cintaku!


EmoticonEmoticon