30 December 2010

Blog Review: CERITA.com

Salam 1 Malaysia. Tahniah kepada Malaysia yang berjaya menjuari bola sepak Piala Suzuki!

Pernah singgah ke blog CERITA.com?
Jika belum, jom berkenalan dengan blog ini.
Walaupun domain yang diguna bukan cerita.com namun beliau menggunakannya sebagai tajuk. Mungkin pemilik berminat untuk mendapatkan domain tersebut tetapi telah dimiliki oleh orang lain. Biasanya domain kegemaran seperti ini telah diambil oleh sesebuah syarikat dan akan dijual jika ditawarkan dengan harga yang tinggi. Oleh sebab itu, banyak web atau blog yang terpaksa menggunakan nama lain yang berkaitan.

Kembali kepada blog CERITA.com iaitu merupakan blog informatif yang dibina oleh pemilik untuk berkongsi maklumat dalam pelbagai kategori. Blog yang mula dibina pada Disember 2009 ini menyepi sekian lama dan mula menulis pada November tahun ini. Mungkin penulis boleh berkongsi kenapa perkara tersebut terjadi.

Rumusan mengenai blog CERITA.com adalah seperti berikut:

  • Menjadi blog informatif - idea yang sangat baik dan memerlukan usaha yang lebih. Blog informasi sangat digemari dalam injin carian tetapi perlu bersaing dengan banyak blog dan web. Di sini perlunya SEO untuk memastikan sentiasa berada di laman pertama carian. Pastikan info pelbagai dan banyak. Sop pernah melihat blog informatif dari negera jiran yang berjaya. 
  • Menjadi yang terawal - bagi yang ingin menggunakan berita terkini sebagai entry, pastikan membuat posting lebih awal berbanding blogger lain. Ia dapat memastikan entry tersebut dapat diindek lebih awal. Selain itu, pastikan membuat olahan dan bukan 100% copy dan paste. Ping atau bookmark entry tersebut untuk meningkatkan backlink dan SEO.
  • Menggunakan template yang sesuai - bagi blog informatif, template jenis 'magazine' adalah yang terbaik. Ia dapat memamparkan lebih banyak tajuk dan entry untuk paparan pelawat.
  • Header masih diperbaiki - lebih sesuai dengan tema dan pastikan ia seimbang dengan template.
  • Promosi blog - pastikan sentiasa mempromosi blog dan entry untuk mendapat traffik. Antara langkah mudah promosi ialah melalui blogwalking dan ping entry.
Rumusan lain mungkin boleh dibantu oleh rakan-rakan lain.
Sila kongsi pandangan anda dan sama-sama terjah blog CERITA.com.

Sila support juga ahli Geng Terjah berikut:


EmoticonEmoticon