21 December 2010

Berada di Glory Beach Resort, Port Dickson

Semalam, perjalanan Sop ke Port Dickson bersama rakan bermula pada jam 2.30 petang. Perjalanan yang memakan masa lebih kurang 1 jam itu terpaksa melalui beberapa kawasan yang sedang hujan iaitu Bangi dan Seremban. Walaupun kami menaiki motosikal, perjalanan tetap diteruskan kerana hujan tidak terlalu lebat. Jika sangat lebat, mungkin terpaksa berhenti kerana dalam beg galas bukan sahaja mengandungi pakaian, tetapi juga laptop.

Kami tiba di Glory Beach Resort dengan selamat. Cuaca di Port Dickson sangat baik. Selepas mengambil kunci bilik, Sop berehat sahaja. Tiada aktiviti diadakan pada petang tersebut. Mesyuarat bermula pada sebelah malam.

Glory Beach Resort merupakan tempat yang selalu Sop hadiri dalam banyak aktiviti. Malah, percutian keluarga juga pernah dilakukan di sini. Hotel apartment yang sesuai untuk percutian dan juga tugas rasmi. Harga di hotel ini sangat berpatutan.

Glory Beach Resort menyediakan pelbagai kemudahan seperti kolam, padang permainan, SPA, sewaan alatan rekreasi, dewan WiFi berbayar, kedai runcit dan sebagainya.

WiFi percuma boleh didapati tetapi hanya di ruang lobi sahaja. Di bilik, perkhidmatan WiFi boleh didapati tetapi secara berbayar.

Namun begitu, perkhidmatan broadband DiGi kurang memuaskan kerana masih belum mendapat liputan 3G. Hanya status EDGE sahaja tetapi bersignal penuh (fullbar). Oleh sebab itu, aktiviti blogwalking sedikit perlahan.

Sop akan berada di Glory Beach Resort selama 4 hari 3 malam atas urusan kerja. Ikuti aktiviti Sop berada di Port Dickson dalam entry seterusnya.


EmoticonEmoticon