30 November 2010

Tips permilihan warna blog

 Color Therapy

Warna adalah elemen penting dalam template sebuah blog. Penggunaan warna yang sesuai mampu menjadikan blog menarik, unik dan memberi keselesaan kepada pelawat. Oleh itu, pastikan anda memilih warna yang sesuai dengan blog anda.

Berikut adalah tips untuk memilih warna blog anda:

  • Minat - setiap orang mempunyai warna kegemaran tertentu. Anda mungkin juga mempunyai lebih dari satu warna yang diminati. Pemilihan warna berdasarkan minat penting kerana percaya atau tidak, kita sendiri paling banyak akan melawat blog sendiri. Sekiranya warna yang dipilih tidak diminati, bagaimana hendak membuat kemaskini?
  • Tema - Warna perlu sesuai dengan tema sesebuah blog. Sebagai contoh, sekiranya blog tersebut bertemakan cerita seram, mungkin sesuai dengan warna-warna gelap atau suram. Begitu juga jika dengan blog peribadi, mungkin mempunyai tema-tema tertentu seperti keceriaan, kegembiraan atau warna warni kehidupan.
  • Kombinasi - Kombinasi warna penting untuk memastikan paparan yang terbaik seperti entry, widget, header dan warna latar. Setiap blog sekurang-kurangnya memiliki 2 warna. Contohnya warna tulisan perlu berbeza dengan warna latar belakang. Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai antara setiap kombinasi dapat memastikan semua dapat dipaparkan dengan jelas. Malah mampu menjadikan ia menarik.
  • Identiti - Warna boleh dijadikan sebagai identiti blog. Sebagai contoh, redmummy.com yang terkenal dengan peminat merah akan kekal sebagai identiti blog merah. Begitu juga dengan blog lain, jika dikekalkan warna pilihan anda walaupun bertukar template, ia akan menjadikan sebagai warna identiti blog. Blog RH menggunakan header berwarna warni untuk menyatakan terdapat pelbagai jenis kategori entry di blog ini sesuai dengan tagline "bukan sekadar mengenai aku".
  • Kesan psikologi - Warna mampu memberi kesan psikologi kepada semua. Oleh itu, pemilihan warna yang sesuai mampu menjadikan blog sentiasa menjadi perhatian. Contoh penggunaan warna terang dapat menjadikan pelawat sentiasa segar dengan blog anda. Warna-warna terang juga menjadikan blog anda kelihatan segar dan ceria. Pelawat suka dengan warna-warna yang ceria dan menarik.
  • Unik - warna yang unik dan berbeza dari yang lain mampu menjadikan blog anda kelihatan unik. Ia mampu menarik minat pelawat dan menjadikan pelawat mudah mengingati blog anda. Setiap orang suka akan sesuatu yang unik!
Semoga pemilihan warna blog yang tepat dapat membantu menjadikan blog anda antara yang terbaik. Mungkin warna blog tidak kelihatan penting tetapi ia boleh memberi pengaruh yang besar kepada blog.


EmoticonEmoticon