Shah's Beach Resort, Tanjung Kling, Melaka

Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Melaka bermula pada petang Selasa. [entry perjalanan di sini]. Sebelum ini, Sop tidak pernah lagi menjejaki kaki di Shah's Beach Resort tetapi pernah lihat semasa berada di Everly Hotel. Hotel ini betul-betul berada di sebelah Everly Hotel.

Untuk mudah sampai ke Tanjung Kling, Melaka, sila guna tol Alor Gajah kerana laluan paling terdekat. Dari Tol sama ada Alor Gajah atau Ayer Keroh, papan tanda ke Tanjung Kling belum ada. Oleh itu, perlu rujuk papan tanda ke Sungai Udang. Bila sampai ke Sungai Udang, baru ada papan tanda ke Tanjung Kling.

Shah's Beach Resort pada pendapat Sop agak unik kerana ia bertemakan 'Bali' dan tradisional. Oleh itu, jenis bilik hotel adalah seperti chalet. Terdapat 4 blog chalet yang bersambung.

Suasana kawasan resort juga menarik kerana hiasan-hiasan semua klasik dan bersih. Ia terletak di tepi pandai dan boleh mandi manda jika air surut.

Bilik dilengkapi dengan kemudahan asas seperti katil, bilik air, TV, tuala, sabun, shampoo dan penghawa dingin. Decorate dalaman juga menarik dan bercirikan tradisional. Namun begitu, ruang bilik agak kecil dan terhad. Siaran TV tidak jelas dan TV adalah kecil sahaja.

Kemudahan yang disediakan di Shah's Beach Resort ialah kolam renang, WiFi, padang permainan, dewan dan SPA.

Sekiranya anda ingin merasakan suasana yang berbeza dari hotel-hotel biasa, sila kunjungi Shah's Beach Resort.

Galeri gambar:













Previous
Next Post »