Selesa Beach Resort, Port Dickson

Ini adalah kali pertama Sop menginap di Selesa Beach Resort, Port Dickson, Negeri Sembilan. Oleh kerana kali pertama akan ke sini, Sop terpaksa melihat Google Map terlebih dahulu untuk mengetahui lokasi hotel tersebut. Sebelum ini, Sop memang banyak kali singgah di Port Dickson dan ia memberi kelebihan untuk Sop mencari hotel tersebut dengan mudah.

Selesa Beach Resort merupakan hotel yang menarik untuk disinggah. Ia berada di tepi pantai memiliki banyak kemudahan untuk pengunjung. Di pantai berhampiran hotel, terdapat beberapa aktiviti air yang disediakan untuk sewaan seperti jet ski dan banana boat.

Bilik juga selesa dan bersih. Saiz bilik juga agak besar.

Antara kemudahan yang terdapat di Selesa Beach Resort ialah seperti berikut:

  • Kolam renang
  • WiFi
  • Bilik iron
  • TV, mini freeze
  • Pusat permainan (game)
  • Pantai dan court bola tampar pantai
  • Sewaan basikal
  • dewan, bilik seminar
Walaupun bangunan hotel ini hanya 3 tingkat, lift juga disediakan untuk memudahkan pengunjung.

Dari segi makanan, menu yang disediakan adalah memuaskan. Terdapat beberapa menu untuk sarapan, makan tengah hari dan makan malam.

Kadar bayaran hotel ini ialah RM198 perbilik semalam.

Galeri gambar:










Previous
Next Post »