Review Blog: Selamat P@gi Cikgu



Selamat pagi cikgu! [sila buat gaya Upin & Ipin yer.. huhuhu]

Blog Selamat P@gi Cikgu (SPC) Sini dimiliki oleh Cikgu Mizie yang dibangunkan bermula Julai 2009. Topik yang biasa ditulis oleh Cikgu Mizie adalah berkaitan kehidupan beliau beserta isu-isu semasa dalam negara.

Dari segi design, blog SPC ini menggunakan template blogspot sepenuhnya tanpa membuat sebarang perubahan sendiri. Beberapa perubahan boleh dilakukan dengan template ini dengan memasukkan header dan footer. Widget lain yang boleh dimasukkan ialah relate post, komen terkini, entry terkini, dan lain-lain yang sesuai. [Hanya cadangan]

Beliau banyak memasukkan blog list sehingga panjang ke bawah. Mungkin boleh dihadkan kepada jumlah yang sesuai dengan body entry.

Manakala dari segi penceritaan entry sangat menarik. Penggunaan bahasa yang indah dan ayat yang pendek menjadikan entry mudah dibaca serta difahami. Penggunaan pantun atau peribahasa juga dimasukkan dalam entry menjadikan ia lebih menarik. Contoh pantun diubah beliau:

Buah kedondong diluar pagar
ambil lidi TOLONG JOLOKKAN
saye cikgu baru belajar
kalau salah tolong buatkan

Jom terjah blog SPC untuk mengucap selamat pagi kepada Cikgu Mizie sekarang!
Previous
Next Post »