27 November 2010

Program untuk jana traffic blog

Terdapat banyak cara dan tips untuk menjana traffic blog. Antaranya seperti 'blogwalking', iklan, tinggalkan komen, menjadi follower, kongsi link, banner dan sebagainya.

Selain itu, dengan membuat program yang sesuai juga mampu menarik traffic blog dengan baik. Antara program yang boleh dibuat ialah seperti berikut:

  • Peraduan - mampu memberi traffic apabila ramai yang berminat menyertai peraduan yang dianjurkan. Peraduan perlu mudah, sesuai, ringkas dan menawarkan hadiah yang menarik. Peraduan yang memerlukan peserta menyediakan backlink ke entry peraduan tersebut adalah yang terbaik kerana ia mampu menghebahkan kepada rakan-rakan lain.
  • Program review - ramai yang berminat menyertainya kerana untuk mendapat traffic blog dan juga untuk mendapat pandangan dari pembuat review. Blogger sangat menghargai pandangan dan pendapat blog sendiri untuk tujuan penambahbaikkan. Mana yang kurang boleh diperbaiki untuk menjadi yang terbaik.
  • Cabutan bertuah - paling ramai suka menyertainya kerana ia paling mudah untuk sertai serta bergantung kepada nasib. Penganjur juga mudah mencari pemenang kerana pemenang dipilih berdasarkan cabutan rambang. Oleh itu, semua mempunyai peluang yang sama untuk memang, hanya nasib menjadi penentu.
  • Tag atau entry berantai - berupaya memberi traffic melalui backlink entry. Blogger akan membuat ulasan berkaitan dengan tag dan akan menyerahkan kepada blogger lain sehingga seterusnya.
  • Program backlink - boleh dilakukan melalui entry atau widget. Ada yang membuat secara entry backlink berantai iaitu memerlukan blogger membuat entry dan memasukkan link-link ke dalam entry tersebut. Ia juga boleh dilakukan dengan menggunakan link exchange atau banner exchange.
  • Kelab/ Geng  - dibina untuk membentuk komuniti blogger yang mempunyai minat yang sama, tujuan yang berkaitan, mempunyai kerasian dan sebagainya. Mewujudkan komuniti seperti ini, hubungan antara blogger lebih erat dan saling memberi sokongan antara ahli. Contoh: Geng Terjah dan kelab Pengopi Tegar.
Program yang dapat menjana traffic blog baik ialah program yang mampu memberi manfaat bersama. Semua pihak yang terlibat akan mendapat hasil yang bersama seperti hadiah atau traffic.

Program yang terlalu sukar atau kompleks biasanya kurang popular. 

Oleh itu, jika anda ingin membina satu program, pastikan ia mudah, ringkas, cepat dan memberi hasil yang bersama. Program yang unik dan lain daripada yang lain sangat memberi perhatian yang positif.


EmoticonEmoticon