22 November 2010

Main bowling di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall

Pernah bermain bowling di Wangsa Bowl, Wangsa Walk Mall?

Ini adalah kali pertama Sop dan keluarga bermain di sini. Sebelum ini ada singgah tetapi tidak kesempatan. Ini kerana pengunjung di Wangsa Bowl sentiasa ramai. Sop pernah menunggu hampir sejam dan akhirnya tidak meneruskan untuk bermain kerana terlalu lama menunggu.

Baru ini kami berkesempatan untuk bermain kerana pengunjung masih belum ramai. Kami tiba lebih awal untuk pastikan pengunjung belum ramai. Sistem yang digunakan oleh Wangsa Bowl ialah membuat pendaftaran sementara di kauter dan apabila terdapat lorong kosong, nama akan dipanggil untuk membuat pendaftaran lorong. Jika terdapat lorong kosong, pengunjung boleh terus mendaftar lorong.

Wangsa Bowl yang masih bari dibuka ini mendapat sambutan yang hangat. Setiap masa, ramai pengunjung. Jumlah pengunjung akan lebih ramai pada hari minggu sebelah petang hingga ke malam.

Pada hari tersebut, kami bertiga sahaja bermain (Sop, isteri dan adik ipar). Azfar dan Azwar hanya sebagai penyokong dan penonton. Prestasi Sop agak teruk kerana hanya mendapat markah bawah 100. Dengan adanya penyokong Azfar dan Azwar, pasti lebih banyak mengejar mereka dari membaling bola bowling. Namun begitu, boleh juga melepaskan gian untuk bermain bowling.

Galeri gambar:









EmoticonEmoticon