15 November 2010

Lawatan kerja ke Ipoh, Perak

Hari ini Sop seharian tidak dapat ke talian (online) kerana mengikuti lawatan ke Ipoh, Perak. Lawatan bermula awal pagi ini tidak diketahui yang Sop turut terlibat. Padi tadi apabila tiba di pejabat, semua ahli rombongan sedang menunggu Sop [Malu la juga apabila kita jer yang terlewat]. Malah, "Boss" turut mengikuti lawatan tersebut.

Lawatan bermula jam 8.00 pagi dari Kuala Lumpur dengan bas persiaran yang di sewa. Kami singgah di hentian Sungan Buluh untuk bersarapan. Kami tiba di detinasi selepas 3 jam perjalanan. Kami melawat 2 buah sekolah yang terletak di Ipoh. Selesai lawatan, kami singgah ke beberapa bauh kedai iaitu kedai barangan hotel terpakai dan gerai buah-buahan. Masing-masing membeli apa yang patut seperti buah jambu, limau bali, dan sebagainya.

Sekitar jam 4.30 petang, kami bertolak pulang ke Kuala Lumpur. Sepanjang penjalanan bergerak lancar sehingga tiba di Sungai Buluh yang mana jalan sesak. Berdasarkan maklumat dari papan OTIS, berlaku banjir di tol Subang. Kesannya, sehingga Sungai Buluh kesan kesesakkan tersebut. Kami berhenti berehat dan solat Magrib di hentian Jejantas Sungai Buluh.

Sop tiba di rumah kira-kira jam 10.00 malam. Selepas selesai semua urusan, baru dapat online untuk semak emel dan blog. Kesannya, tiada update entry untuk pagi ini. Sekarang waktu persediaan untuk membuat entry Blog Review: 1 Hari 1 Blog. Terima kasih kepada rakan-rakan yang sudi singgah dan yang tinggalkan jejak, Sop akan balas jejak tersebut.

Galeri gambar:










EmoticonEmoticon