22 November 2010

Jom menonton filem HP7 Part 1


Dah menonton Harry Porter 7?
Sop sempat menonton filem ini pada hari Sabtu lepas bersama keluarga di TGV Wangsa Walk. Tempahan tiket telah dibuat awal secara talian. Jika walk in, pasti sukar mendapat tiket kerana filem ini sedang hangat di pawagam.

Pada pendapat Sop, episod 7 filem Harry Porter bahagian 1 ini sangat best untuk ditonton. Bila dah nak akhir-akhir episod, filem Harry Porter kembali menyengat. Ini menyebabkan tidak sabar untuk melihat Harry Porter 7 bahagian 2 pula.

Bagi yang belum pernah menonton filem Harry Porter dari episod awal, mungkin kurang jelas dengan jalan cerita filem ini. Namun yang mengikuti filem ini dari awal, pasti menganggap cerita ini semakin jelas dan menarik. Bagi yang telah membaca buku Harry Porter pula pasti telah mengetahui kesudahan cerita ini.

Apa-apapun, menonton adalah aktiviti yang boleh merehatkan minda serta aktiviti bersama keluarga atau rakan-rakan.


EmoticonEmoticon