23 November 2010

Jom makan di Mr Teppanyaki

Pernah cuba menu Mr Teppanyaki?

Ini adalah percubaan pertama kali oleh Sop. Sebelum ini hanya lalu lalang dan tidak pernah mencuba lagi. Mungkin lebih minat dengan selera kampung.

Bagi yang pernah atau biasa makan, pasti jenis masakan di Mr Teppanyaki tidak asing lagi. Bagi Sop yang pertama kali mencuba, pasti merasai kelainan masakan tersebut.

Masakan menu Mr Terppanyaki tidaklah istimewa cuma cara masakan yang agak unik. Semua bahan dimasak atas kuali leper. Pengunjung boleh melihat cara masakan kerana ia berada di depan meja makan.

Hari tersebut, Sop memilih menu sotong untuk dimakan dengan nasi. Sotong tersebut digoreng tanpa minyak dan juga sayur-sayuran. Bahan lain juga dihidangkan bersama nasi iaitu acar (nama tidak tahu) dan sup.

Rasa biasa sahaja tetapi cukup mengenyangkan. Bagi yang belum mencuba, bolehlah singgah untuk merasai sendiri menu di restoran Mr Teppanyaki.

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon