10 November 2010

Internet status EDGE di Tanjung Kling, Melaka


Bermula semalam, Sop berada di Tanjung Kling, Melaka kerana menghadiri satu kursus. Entry perjalanan dan penginapan belum sempat dibuat dan akan dipublish dalam masa terdekat.

Bermula malam tadi, aktiviti BW agak perlahan dan tidak terkejar rakan-rakan yang singgah. Namun begitu, Sop berjaya membalas semua jejak yang ditinggalkan. Cuma kadang-kadang tidak sempat hendak menghantar komen dan mesej di shoutbox.

Internet di sini (WiFi Hotel) agak perlahan kerana tidak dapat menampung jumlah peserta yang agak ramai. Oleh itu, Sop menggunakan broadband sendiri. Tetapi di sini, hanya EDGE sahaja dan tiada 3G bagi DiGi. Begitu juga dengan talian lain seperti Maxis [kadang-kadang dapat 3G].

Namun begitu, Sop tetap bersyukur kerana masih boleh mendapat talian internet. Cuma apabila selalu mendapat kelajuan 3G, sekali sekala menggunakan kelajuan EDGE terasa sangat perlahan pula.. huhuhu

Sekiranya pihak DiGi baca entry ini, mohon untuk naiktaraf di kawasan ini kerana terdapat banyak hotel di sini. Oleh itu, ramai pelawat yang singgah.


EmoticonEmoticon