05 November 2010

Hari Keluarga Pejabat 2010

Hari minggu yang lepas, berlangsung Hari Keluarga peringkat pejabat Sop. Hari keluarga tahun ini telah dijalankan di Taman Wetland, Putrajaya. Tempat yang sangat sesuai untuk menjalankan aktiviti dalam bilangan yang besar. Kemudahan yang terdapat di situ ialah parking, tandas, surau, grandstand, pondok dan padang yang luas.

Aktiviti pada hari tersebut agak lewat bermula kerana hujan. Sepatutnya acara bermula jam 8.00 pagi telah tertangguh hingga jam 9.00 pagi. Namun begitu, selepas itu semua berjalan lancar seperti yang telah dirancangan. Acara dimulakan dengan senamrobik dan seterusnya acara-acara lain seperti sukaneka, pertandingan karaoke, mencari harta karun dan sketsa.

Azfar dan Azwar dapat menyertai beberapa acara iaitu mencari gula-gula, kerusi musik, tiup belon dan menendang bola. Hanya beberapa acara untuk kanak-kanak umur 4-7 tahun dan beberapa acara untuk 7-13 tahun. Untuk bagi Azfar dan Azwar merasai suasana tersebut, acara bagi kanak-kanak 7-13 tahun turut disertai.

Sop pula hanya sertai 1 acara sahaja iaitu berjalan ketam batu. Kumpulan kami berjaya mendapat tempat pertama. Banyak juga acara bagi golongan dewasa tetapi Sop tak sempat hendak sertai kerana perlu mengejar Azfar dan Azwar. Bagi peluang kepada orang lain juga! huhuhuh

Hari Keluarga telah berlangsung sehingga jam 2.00 petang. Hari tersebut kami membawa pulang 1 hadiah dan 1 hamper untuk cabutan bertuah.

Aktiviti sebegini bukan sahaja dapat merapatkan hubungan antara keluarga tetapi juga semua kakitangan-kakitangan yang hadir.

Galeri gambar:

















EmoticonEmoticon