05 November 2010

Halal satu tuntutan

Kutbah hari ini di masjid yang Sop solat Jumaat adalah bertajuk halal satu tuntutan. Makanan adalah keperluan setiap manusia untuk hidup. Oleh itu, umat islam perlu memastikan makanan yang dimakan adalah halal dan juga selamat.

Dalam Islam telah digariskan panduan untuk memilih jenis makanan. Makanan yang halal dapat menhindarkan diri dari perkara yang tidak baik. Adalah penting memastikan darah daging kita hasil yang halal.

Terdapat juga makanan yang dikategori sebagai subahah iaitu makanan yang diragui kehalalannya. Kesan makan makanan halal adalah sepeti melahirkan generasi yang baik, kecergasan, kepintaran, kesihatan dan sebagainya.

Tuhan sentiasa memastikan umatnya mendapat yang terbaik. Semoga kita mendapat keredhaanNya. Amin.

(post by mobile phone)


EmoticonEmoticon