18 November 2010

Diari Aidil Adha Tahun 2010

Salam Aidil Adha kepada semua rakan yang beragama Islam.
Pergi solat sunnat Aidil Adha?

Diari Adil Adha Sop bermula dengan sembahyang Sunat Aidil Adha di Masjid Setapak Jaya berdekatan dengan rumah. Alhamdulillah, badan agak segar selepas berehat sepenuhnya malam tadi. Selesai Solat Sunat Aidil Adha, Sop pulang bersiap menukar pakaian untuk aktiviti korban.

Sop sertai aktiviti korban di Surau Setapak Jaya. Terdapat 3 ekor lembu untuk dikorbankan pada tahun ini. Lembu yang pertama disembelih dalam jam 10.00 pagi. Selepas semua lembu disembelih, penduduk mengangkat lembu tersebut ke belakang surau untuk aktiviti memapah daging pula.

Untuk memapah daging, Sop banyak membantu memegang sahaja. Sop masih kurang mahir dengan teknik-teknik memapah ini. Sekitar jam 1.00 petang, semua lembu korban siap diproses. Dalam masa yang sama, pengagihan daging lembu dijalankan kepada peserta korban dan petugas korban. Selain itu, daging korban turut dimasak di surau. Menu utama ialah sup daging dan daging goreng.

Cuaca pada pagi ini adalah baik sekali kecuali pada belah petang hujan mula turun. Namun begitu, aktiviti korban berjalan lancar.

Selepas Zohor, Sop kembali ke rumah dan sempat berehat. Walapun penat, tetapi seronok dapat bersama-sama membantu menjalankan aktiviti korban bersama penduduk.

Pada petang pula, kami ke rumah sepupu untuk beraya. Beliau membuat laksa Johor dan beberapa menu lain seperti rendang, lemang, ketupat dan kuih raya.

Pada sebelah malam pula ialah masa untuk berehat. Namun begitu, Sop tidak berehat sepenuhnya kerana mengadap komputer pula.

Galeri gambar:














EmoticonEmoticon