Cek Google Adsense yang kedua

Cek Google Adsense yang kedua ini Sop terima pada hari kelmarin namun tidak sempat untuk membuat entry kerana Sop berada di Melaka. Untuk makluman, cek pertama Google Adsense yang Sop terima ialah pada tahun lepas. Selepas setahun, baru menerima cek kedua ini.

Walaupun setahun untuk menerima 1 cek, Sop masih berpuas hati kerana pendapatan internet dari blog adalah sebagai pendapatan sampingan. Jika dapat, anggap ia sebagai bonus tetapi jika tidak dapat, fokus kepada penulisan. Rujuk kembali tujuan membina dan menulis blog. Namun begitu, sekiranya tujuan utama membina dan menulis blog untuk mendapat pendapatan, kita perlu fokus dan merancang ke arah tersebut.

Cek yang diterima tidaklah bernilai beribu-ribu tetapi "nilai" disebalik angka tersebut lebih penting.

Semoga dengan mendapat cek ini, ia dapat membantu Sop meningkatkan motivasi untuk terus menjadi blogger.

Galeri gambar:

Previous
Next Post »