30 November 2010

Blog Review: Tukang Karut

Salam 1 Malaysia kepada semua rakan-rakan.
Terima kasih kerana sentiasa support program blog review ini.

Blog yang terpilih hari ini untuk direview ialah blog Tukang Karut. Namun agak was-was betul nama blog ini Tukang Karut? Ini kerana header blog memaparkan 'Genius By Birth' tetapi paparan bagi pelayar internet ialah Tkang Karut. Walau apapun nama, yang penting ia sebuah blog. Betul tak?

Blog yang berlatarkan gambar tulang ikan ini telah membuat entry penyertaan Blog Review tetapi tidak dinyatakan tentang apa yang hendak direview. Ini kerana beliau hanya memasukkan banner sahaja di entry tersebut. Oleh itu, Sop hanya review memperkenalkan blog ini kerana rakan-rakan.

Pemilik blog ini iaitu mnasriq mula membina blog ini sejak April 2009. Pendapat Sop agak lama juga kerana telah melebihi setahun. Tujuan beliau berblog adalah seperti berikut:

Apa tujuan sebenar berbloging ni?
Jawapan 1.
Sebab nak tulis apa yang ada dalam kepala otak.
Jawapan 2.
Sebab nak luah apa yang terbuku di hati.
Jawapan 3.
Kerana nak cari kenalan siber atau rakan baru atau adik angkat atau kakak terangkat dan seangkatan dengannya.
Jawapan 5.
Duit... Duit... Duit...
Jawapan 6.
Sebab nak kongsi ilmu, pengetahuan, pengalaman.
Jawapan 7.
Syok tengok dan kejar follower yang ramai...nak2 yang femes memes ni...
Jawapan 8.
Ikut suka aku la, nak buat apa pun, ada ke undang2 larang aku berblogging?
Jawapan aku.
Aku tak ada tujuan, halatuju. sekadar menulis untuk diri sendiri...
Tak kesah la apa sebab pun kita berblogging... Mungkin masing2 ada tujuan dan matlamat atau idea tersendiri... Lagipun tak ada undang2 pun nak larang berblogging...

Petikan di atas diambil dari salah satu entry beliau. Ingin melihat lebih banyak entry yang beliau hasilkan, jom terjah blog Tukang Karut!

Apa pendapat anda tentang blog ini? Jika pendapat Sop memang banyak tetapi apa kata bagi rakan-rakan memberi pendapat pula. Boleh?

Mungkin boleh komen dari segi template, entry, widget, SEO, traffic dan sebagainya.


EmoticonEmoticon