Blog Review: Radin's Blog

Pernah singgah di blog Radin?
Ini adalah pertama kali Sop singgah di blog Radin ini. Mungkin sebelum ini tiada jodoh lagi untuk berjumpa sehingga beliau sertai program Blog Review 1 Hari 1 Blog. Ini adalah satu tujuan program ini iaitu berkenalan antara 1 sama lain dan merapatkan hubungan antara blogger. Setiap bloggers boleh turut membantu memberi komen tentang blog yang sedang direview.

Tagline blog Radin ialah "Malaysia: Tanah 9 Raja". Apabila dilihat dari tagline tersebut, tentu anda boleh membuat andaian tentang blog Radin ini. Ia berkisah tentang isu-isu raja, berita-berita berkaitan raja dan sebagainya yang berkaitan dengan raja.

Dengan melawat blog Radin, anda mampu mendapatkan maklumat mengenai raja di negera ini. Disamping itu, terdapat juga entry-entry lain selain daripada mengenai raja.

Untuk makluman, blog Radin menggunakan bahasa pengantar Bahasa Inggeris. Tahniah kepada Radin kerana mampu menulis dalam Bahasa Inggeris dengan baik. Kelebihan menulis blog Bahasa Inggeris ialah mampu menerima traffic dari sepelusuk dunia. Blog akan lebih global berbanding dengan Bahasa Malaysia yang hanya akan dapat traffic sekitar serantau Malaysia seperti Indonesia, Singapura dan Brunei.

Prestasi blog Radin adalah baik yang mana tahap kelajuan adalah memuaskan. Blog template yang ringkas dan tidak menggunakan widget yang berat menjadikan saiz blog adalah kecil.

prestasi blog Radin

Perbandingan dengan blog RH - Kalah blog RH (nasib beza sikit)

Bagi pendapat Sop, tema template blog Radin kurang berkesan kerana apabila menggunakan tagline Raja, biasanya perkara yang sinomim ialah kuning, mahkota, istana dan sebagainya. Tema template yang blog Radin guna kurang memberi kesan 'feel' tersebut.

Selain itu, oleh kerana blog Radin menggunakan Bahasa Inggeris, Sop cadangkan Radin masukkan pengiklanan Google Adsense. Ia mampu memberi pendapatan sampingan yang lumayan juga.

Jom terjah blog Radin dan bagi pendapat anda pula.
Previous
Next Post »