09 November 2010

Blog Review: Musafiran Dunya


Kelana seorang hamba di bumi Tuhan...
Kelana mencari makna...
Musafiran yang sementara ini...
Pasti terhenti... di pengakhiran terakhir...  [petikan dari blog Musafiran Dunya]

Anda pernah singgah di blog Musafiran Dunya?
Sop pertama kali singgah semasa empunya blog ini menyertai program Blog Review 1 Hari 1 Blog di blog RH. Apabila singgah di blog Musafiran Dunya, Sop dapati bahasa penulisan sangat asing. Pada mulanya tertanya-tanya adakah penulis blog ini dari Malaysia?

Setelah melihat entry seterus-seterusnya baru Sop faham bahawa bahasa penulisan yang digunakan oleh penulis sangat tinggi tahapnya. Kemudian baru Sop sedar bertapa indahnya bahasa yang beliau gunakan.

Ini adalah pertama kali Sop melawat blog yang menggunakan bahasa sebegini. Membaca blog beliau seumpama membaca cerpen. Anda pasti dapat merasakan keindahan tersebut.

Setelah menyelongkar keseluruhan blog, baru Sop sedar beliau merupakan seorang penulis. Telah banyak penulisan yang telah beliau hasilkan. Lawat sini untuk melihat koleksi penulisan beliau.

Antara yang menarik di blog Musafiran Dunya ialah ruangan cerpen, renungan, puisi dan lain-lain lagi.

Pada pendapat peribadi Sop, keadaan blog Musafiran Dunya berada ditahap yang sesuai. Penulis tidak menulis blog kerana mengejar traffic, jauh sekali untuk pendapatan. Setiap penulisan hanya sekadar berkongsi dan kepuasan diri.

Tema dan design sesuai untuk blog penulisan dan design yang ringkas melajukan 'load blog'.
Sebagai cadangan, mungkin  boleh dimasukkan gambar atau grafik yang sesuai dengan entry untuk menjadikan ia lebih menarik.

Siapa penulis blog ini?
Blog Musafiran Dunya dimiliki oleh Ibnu Jamaluddin. Klik sini untuk melihat profil beliau.

Jom singgah ke blog Musafiran Dunya untuk melihat lebih dekat lagi perkongsiannya.


EmoticonEmoticon