07 November 2010

Blog Review: mummynemo.com

Blog mummynemo.com yang dimiliki oleh Ellen rasanya telah dikenali ramai.
Kenapa?
Jika dilihat dari jumlah follower, blog ini telah mencecah 1425 pengikut. Jauh ketinggalan meninggalkan blog RH! Beliau juga sangat aktif BW ke blog rakan-rakan serata tempat.

Tentang blog mummynemo.com?
Pertamanya Sop amat mengagumi semangat Ellen dalam dunia blog. Beliau antara yang aktif dalam aktiviti blogwalking dan setiap hari pasti blog RH akan diterjah oleh Ellen (berdasarkan mesej shoutbox).

Keduanya Sop kagum dengan perkembangan blog mummynemo.com yang berkembang dengan pantas. Semasa blog  berusia sebulan, jumlah follower telah hampir seribu orang! [kagum]

Apa yang menarik di blog mummynemo.com?
Terdapat banyak perkara yang menarik di blog mummynemo.com tetapi yang paling menarik perhatian Sop ialah konsep blog ini iaitu persahabatan. Tagline blog mummynemo.com ialah "segala bermula di sini, persahabatan tercipta, kasih bersemi". Oleh itu, Ellen sangat menitikberatkan persahabatan antara bloggers.

Oleh itu, beliau banyak menyenaraikan senarai link blog rakan-rakan dan juga banner. Selain itu, Sop pernah terbaca entry beliau untuk support rakan yang sedang menyertai peraduan untuk undian. Malah beliau sangat mesra dengan setiap pengunjung blog beliau.

Dari segi design, blog mummynemo.com menggunakan warna terang iaitu pink dan biru. Combinasi warna yang cukup menarik. Tetapi warna background entry agak gelap, mungkin boleh memberi kesan kepada pembaca yang mempunyai masalah mata. Jika warna background entry di terangkan, boleh memberi keselesaan kepada pembaca. (pendapat Sop sahaja)

Hasil carian blog mummynemo.com, didapati Ellen belum memasukkan blog description. Memasukkan description dan keyword dalam blog membantu meningkatkan SEO blog.


Namun agak terkejut apabila Sop menyemak maklumat traffic blog Ellen melalui Alexa yang mana ranking blog mummynemo.com dalam Malaysia ialah 801! Tahniah diucapkan kerana berjaya sampai ketahap tersebut. Blog RH juga ketinggalan berbanding blog mummynemo.com!


Usaha Ellen yang terus kekal aktif dalam dunia blog memberi hasil yang berbaloi. 
Blogger baru harus contohi semangat Ellen yang sentiasa berusaha menjadi yang terbaik!

Apa tunggu lagi, jom menjadi sahabat blog mummynemo.com sekarang!


EmoticonEmoticon