Blog Review: Ini Belog Mak Budak


Pertamanya Sop mengucapkan terima kasih kepada eyda @ lana pemilik blog Ini Belog Mak Budak (IBMB) kerana orang yang pertama menyertai program "Blog Review - 1 Hari 1 Blog di Riwayat Hariku".

Pertama kali singgah di blog IBMB, perkara utama menarik perhatian Sop ialah header blog beliau. Header dibina sangat unit dan memberi penceritaan kepada keseluruhan blog beliau. Amat jarang untuk melihat header yang unik dan tersendiri sebegini. Ia merupakan 1 identiti kepada blog beliau dan sangat sesuai sekali dengan tema blog.

Selain itu, nama blog dan juga domain sangat unik!

header yang sangat unik!

Apa yang menarik di blog IBMB?
Blog IBMB bukan sekadar blog peribadi. Disamping bercerita tentang kehidupan beliau, blog IBMB turut berkongsi pelbagai maklumat kepada pembaca. Antara yang menarik yang dikongsikan oleh beliau ialah:
Terdapat banyak lagi kategori menarik untuk dilawati. Untuk senarai penuh, sila rujuk di sini.

Dari segi design pula, blog IBMB menggunakan template yang simple dan clean. Ia menjadikan blog ringan dan mudah untuk dibaca. 

Apa tunggu lagi, jom terjah ke blog IBMB sekarang!


Siapa pemilik blog IBMB?
Saya adalah seorang wanita, isteri kepada suami yang penyayang dan baik hati, ibu dan bibik kepada 2 orang cahayamata , iaitu Insyirah & Nuqman Ilham .. Lana adalah nama alam maya saya, oleh kerana saya terlalu minat dengan lana lang dalam cerita smallville tu saya pun ambil nama Lana tuh... hingga saya berangan-angan nak jadi cantik macam dia.. ~ehehehehe~ (maklumat lanjut, sila lawat di sini)

Bagi Sop, Lana seorang yang periang dan mesra. Ini berdasarkan pemerhatian dalam dunia blog. Semoga Lana terus ceria, berbahagia bersama keluarga tercinta dan berjaya dalam dunia blog - Amin..


Sekiranya anda pernah melawat blog IBMB, apa pendapat anda pula?
Previous
Next Post »