06 November 2010

Blog Review: HIDUP ADALAH ANUGERAH

Blog Review untuk hari ini ialah blog HIDUP ADALAH ANUGERAH (HAA) yang menggunakan link URL http://akumerpatiputih.blogspot.com. Sama seperti blog Sop yang menggunakan nama blog dan URL yang berbeza. Untuk makluman, pada asalnya blog RH menggunakan domain riwayathariku.blogspot.com tetapi ditukar apabila menggunakan domain dot com.

Berdasarkan maklumat yang Sop baca, untuk memastikan SEO yang terbaik ialah nama domain adalah sama dengan nama blog. Contoh: Blog hotel, menggunakan nama domain memasukkan perkataan hotel seperti hotelmurah.com, hotelreview.com, besthotel.com dan sebagainya. Kebiasaan website atau blog business akan menitik beratkan perkara ini.

Apa yang terdapat di blog HAA?
Seperti blog lain, blog HAA bukan sahaja blog peribadi tetapi merangkumi pelbagai aspek yang berada di sekeliling beliau. Antara topik yang beliau ketengahkan adalah seperti berikut:

Untuk melihat keseluruhan senarai entry blog HAA, sila rujuk di sini.

Dari segi design pula, blog HAA menggunakan template wordpress yang telah diconvert untuk blogspot. Ia sangat kemas dan ringkas. Kelajuan load blog HAA sangat baik (laju). Semua dalam keadaan yang terbaik dari segi content, sidebar, widget dan iklan. Tahniah Sop ucapkan. Sekiranya ingin membuat penambahbaikkan, mungkin boleh masukkan header gambar atau flash. Juga tambah kotak jerit (shoubox) kerana para BW selalu cari untuk tinggalkan jejak.

Apa yang menarik perhatian dalam blog HAA ialah kategori Nuffnang yang mana penulis banyak bercerita tentang pengalaman beliau bersama Nuffnang dari segi pendapatan, BE, tips dan sebagainya. Semoga berjaya dalam mendapatkan pendapatan melalui blog. Terima cek nanti, belanja Sop ABC yer :)

Siapa penulis blog HAA ini?
Maklumat pemilik blog HAA:

Blog ini dijaga rapi oleh seorang gadis Melayu yang telah dibesarkan di sebuah daerah terbesar di negeri yang terletak di Selatan tanah air yang tercinta, Malaysia. Blog ini adalah hasil daripada rasa bosan tahap gaban yang dirasakan oleh Gadis Melayu ini. Gadis ini cuba mencari 'kehidupan' dalam hidupnya yang dirasakan seperti tiada kehidupan, maka terhasillah nama blog ini 'HIDUP ADALAH ANUGERAH'. (...seterusnya)


EmoticonEmoticon