Blog Review: Dariku Zulkifly

"Melihat dunia dari perspektif diriku.
Mungkin berbeza dari pandangan anda, mungkin juga sama. Apapun yang tertulis, tersirat dan tersurat dalam blog ini hanyalah semata-mata pandangan peribadi diriku." - Zulkifly

Bagaimana pula anda melihat dunia?

Ini adalah pertama kali Sop menerjah blog Dari Zulkifly. Ini antara kelebihan membuat program Blog Review ini iaitu boleh mengenali blog yang belum pernah Sop lawat. Apabila membuat review, Sop perlu melawat keseluruhan blog untuk mendapat maklumat blog. Berbeza dengan lawatan biasa yang hanya singgah dan tinggalkan komen atau jejak.

Pertama kali singgah juga, Sop dapat merasakan keistimewaan yang terdapat di blog ini iaitu dari segi penulisan. Penulis blog ini menulis melalui hati dan perasaan. Sop dapat membayangkan kepuasan beliau dalam setiap penulisan. Perkara ini yang sering kebanyakkan penulis blog telah hilang iaitu "menulis untuk kepuasan diri". Masing-masing sibuk mengejar pendapatan, trafik, popular dan sebagainya [Sop terjebak juga kot].

Blog yang berusia setahun lebih ini mempunyai potensi tetapi mungkin kerana kekurangan pendedahan atau promosi oleh pemilik, ia menyebabkan kurang dikenali. Sop pernah menghadapi perkara ini yang mana ketika itu, tumpuan hanya kepada pelawat dari injin carian. Sop tidak membuat blogwalking, ping blog, sertai komuniti, promosi dan sebagainya. Apabila pendedahan-pendedahan diterima, baru Sop sedar tentang sumber-sumber trafik yang boleh diperolehi.

Pada pendapat Sop, pemilik blog ini agak pemalu. Ini berdasarkan entry beliau untuk sertai program Blog Review ini. Untuk berjaya, kita tidak boleh malu-malu, tidak yakin, was-was dan sifat-sifat negatif yang lain. Pendapat Sop, blog Dariku Zulkifly sangat menarik dari segi entry (mungkin boleh diperbaiki), template dan susunan blog. Lihat hasil-hasil penulisan beliau di sini.

Mulakan dengan promosi blog untuk perkenalkan kepada semua!

Kepada yang ingin memberi semangat kepada pemilik blog ini, jom terjah ke entry blog Dariku Zulkifly.
Previous
Next Post »