27 November 2010

Blog Review: Bukan Belog Jiwang

Anda seorang jiwang karat?
Seperti termaktub dalam Kamus Dewan Bahasa, jiwang memberi maksud jiwa seseorang yang sentiasa merewang-rewang. Jiwang juga biasanya dikenali dengan kaki bunga, romantik dan sebagainya.

Apa kena mengenai jiwang dengan blog review hari ini?
Blog yang direview untuk hari ini ialah blog Bukan Belog Jiwang Tetapi Separuh Jiwang. Blog ini dimiliki oleh seorang gadis dari Terengganu yang dikenali sebagai Weeda.

Ini adalah pertama sekali Sop singgah ke blog Bukan Belog Jiwang. Pertama kali singgah ke sini, Sop jatuh hati dengan template blog ini. Header yang digunakan sangat menarik dan sesuai dengan tema blog. Susunan template sangat kemas dan pemilihan warna sangat sesuai. Tahniah diucapkan kepada weeda atas perkara tersebut.

Weeda merupakan seorang yang berkemahiran dalam bidang grafik dan oleh itu tidak hairan kenapa begitu cantik blog beliau. Beliau juga menyediakan perkhidmatan membina header kepada blogger dengan harga yang cukup murah iaitu RM 10 sahaja. Maklumat lanjut, sila rujuk di sini.

Blog ini mengandungi pelbagai jenis penulisan. Antara kategori penulisan adalah seperti tutorial, peribadi, peraduan, berita, cerita artis dan lain-lain lagi.

Penulisan blog ini juga bersahaja dan sempoi. Bahasa yang digunakan adalah mudah serta sesuai untuk semua peringkat dan golongan.

Gred blog ini beradarkan websitegrader.com adalah sepetrti berikut:

The Website Grade for http://weedaleim.blogspot.com/!


Semoga maju jaya dalam dunia blog dan happy blogging!

Kepada rakan-rakan, jom terjah blog Bukan Belog Jiwang untuk melihat sendiri blog ini. Tak kenal, maka tak cinta!


EmoticonEmoticon