01 October 2010

Tips blogger - blog baru VS blog lama

Di kala ini, blog semakin hari semakin bertambah. Semakin ramai yang berminat dengan blog sama ada untuk berkongsi maklumat, bercerita atau juga menambah pendapatan. Tidak wujud persaingan antara blog kerana masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri. Bagi yang sentiasa aktif dan pandai mencari peluang, blog tersebut akan terus meningkat dan berkembang.

Perbezaan blog baru dan blog lama

  • Jumlah entry - perkara paling penting bagi blog ialah entry. Lebih banyak entry, lebih banyak peluang untuk pelawat membaca. Pelawat suka blog yang mempunyai banyak maklumat dan informasi. Namun begitu, jika blog lama tiada entry, ia sama seperti blog baru. Oleh itu, blog harus sentiasa dikemaskini dengan entry.
  • Populariti - bagi blog lama, hasil promosi yang berterusan melalui blogwalking, pengiklanan, injin carian dan lain-lain menjadikan blog lebih dikenali. Blog lama juga telah mempunyai identiti tersendiri. Bagi blog baru, promosi perlu dilakukan berterusan untuk memperkenalkan blog. Pada peringkat awal, kerja keras perlu dilakukan dan ketika ini motivasi dan sokongan sangat diperlukan.
  • SEO - blog lama memiliki kelebihan dalam SEO kerana blog dan entry telah di indeks oleh injin carian. Backlink yang telah banyak juga membantu blog dan entry tersenarai dengan baik dalam injin carian. Bagi blog baru, pastikan membuat "setting" terbaik untuk SEO dan mendapatkan lebih banyak backlink. Traffic dari injin pencarian adalah salah satu peluang traffic yang perlu direbut.
  • Kemahiran - penulis blog yang sentiasa meningkatkan diri dengan belajar dan terus belajar akan menjadi yang terbaik. Terdapat banyak sumber yang boleh dirujuk dan meningkatkan diri dan juga blog. Pengalaman adalah guru yang terbaik. Sentiasa membetulkan apa yang salah dan menerima segala teguran. Namun jika penulis blog hanya berada ditingkat yang sama dan tidak pernah cuba memperbaiki diri, ia akan ketinggalan. Penulis blog baru boleh mendapat maklumat dari penulis berpengalaman. Ilmu yang dikongsi lebih berkat dan mendapat lebih banyak ilmu yang lain.
Setiap blog yang baru akan menjadi lama tetapi adalah ia bertambah baik atau sebaliknya? Sentiasa membuat penambahbaikkan akan memastikan blog berada ditahap yang terbaik. 

Setiap blog juga harus mempunyai matlamat dan hala tuju. Peringkat awal lagi telah dibuat perancangan supaya pembinaan lebih fokus. Semoga "blog tidak menjadi sekadar blog".

Happy blogging!


EmoticonEmoticon