17 October 2010

Riadah hari minggu di Tasik Titiwangsa

Apa aktiviti anda hari ini?
Agak lama juga Sop tidak singgah ke Tasik Titiwangsa untuk beriadah. Kadang-kadang sukar untuk keluar riadah apabila terdapat urusan lain yang tidak dapat dielakkan.

Seperti semua tahu, beriadah dan bersukan sangat baik untuk kesihatan. Sop sendiri kadang kala agak risau jika telah lama tidak bersukan.

Hari ini kami sekeluarga ke Tasik Titiwangsa untuk beriadah. Seperti biasa, hari minggu Tasik Titiwangsa akan dipenuhi pengunjung. Menjadi masalah utama apabila ke Tasik Titiwangsa ruang parking yang agak sukar kerana jumlah pengunjung yang terlalu ramai. Oleh itu, kadang-kala jalan dalam kawasan Tasik Titiwangsa akan menjadi sesak. Namun begitu, itu tidak menghalang untuk kami berkunjung ke Tasik Titiwangsa.

Setelah mencari ruang yang sesuai, kami memulakan aktiviti bermain badminton. Memang ramai yang turut bermain badminton di Tasik Titiwangsa selain dari berjoging, bermain bola dan sebagainya. Kemudian aktiviti seterusnya ialah di tapak permainan kanak-kanak. Peluang itu digunakan sepenuhnya oleh Azfar dan Azwar bermain sepenuhnya. Oleh kerana tapak permainan yang luas, jenuh juga kami mengejar kedua-dua hero kami.. :)

Aktiviti riadah hujung minggu bukan sahaja dapat menyegarkan minda, kesihatan tetapi juga dapat merapatkan hubungan kekeluargaan.

Sekiranya anda kelapangan, pergilah beriadah bersama keluarga, rakan atau siapa sahaja :)

Galeri gambar:














EmoticonEmoticon