03 October 2010

Open house Aidilfitri di Setiawangsa

Diakhir-akhir Syawal ini, masih ramai yang membuat rumah terbuka. Mungkin kekangan masa peringkat awal menyebabkan tidak boleh dibuat lebih awal. Bila sudah diakhir Syawal, maka niat perlu diteruskan. Oleh itu banyak jemputan yang diterima sehingga tidak terkejar rasanya.

Hari ini, traffic sekitar Kuala Lumpur agak teruk. Setiap jalan kenderaan banyak. Pada masa tersebut, Sop berfikir mungkin ramai yang keluar untuk ke open house kot? Betul ker? huhuhu..

Sangkaan Sop mungkin benar kerana selepas open house, kami ke pusat bandar Kuala Lumpur, traffic berjalan lancar. Berbeza dengan kawasan yang berhampiran dengan kawasan-kawasan perumahan yang sesak teruk!

Open house di Setiawangsa ini ialah rumah sepupu isteri Sop. Beliau membuat open house beserta bacaan yassin sempena rumah baru diduduki. Majlis yang digabungkan adalah yang terbaik kerana menjimatkan masa, kos dan tenaga.

Galeri gambar:








EmoticonEmoticon