15 October 2010

Nur Zaatar - Kedai makanan Arab


Ingin mencuba sesuatu makanan berlainan?
Suka makanan dari Arab?

Jika ya, anda boleh mencuba menu yang disediakan oleh restoran Nur Zaatar yang menyediakan makanan Arab. Walaupun jenis makanan yang disediakan dan tema restoran Arab tetapi pengusaha restoran ini adalah milik sepenuhnya orang Melayu. Kesempatan mempelajari makanan Arab ini diambil semasa beliau bekerja dan tinggal di Dubai.

Menu yang diambil dari Dubai tersebut dikongsikan melalui restoran yang dibuka. Anda kini tidak perlu ke tanah Arab untuk menikmati makanan Arab lagi.

Antara yang istimewa di restoran ini ialah nasi Arab sama ada lauk ayam atau juga kambing serta roti pizza istimewa Arab. Harga yang ditawarkan adalah sangat berpatuan.

Selain makanan, restoran Nur Zaatar juga bercirikan restoran Arab yang mana ciri-ciri Arab diserapkan dalam restoran beliau. Telinga pengunjung akan dihidangkan dengan irama muzik Arab sepanjang berada di restoran tersebut.

Pengunjung boleh memilih untuk duduk di meja biasa atau duduk di meja bawah. Ciri istimewa memastikan anda merasai kelainan tersebut. Antara ciri-ciri lain terdapat di restoran ini juga ialah WiFi, pelbagai jenis minuman, shihar dan lain-lain lagi.

Restoran Nur Zaatar ini terletak di Platinum Victory Business Park, Danau Kota.

Galeri gambar:












EmoticonEmoticon