Mencuba pelayar internet Opera

Kenapa Sop mencuba pelayar internet yang lain selain Chrome, Firefox dan IE?
Ia adalah berikutan entry sebelum ini mengenai perisian Chrome yang agak perlahan dan selalu gagal load page blog. Ikuti entry tersebut di sini.


Pelayar Internet (Internet Browser) Opera ini Sop selalu guna tetapi hanya di telefon bimbit. Untuk PC, ini adalah pengalaman pertama.

Semasa meninjau-ninjau laman web Opera, Sop tertarik dengan fungsi Opera Turbo yang mampu menaikkan kelajuan semasa melayar internet. Apabila diselidik, fungsi Opera Turbo tersebut ialah membuat 'setting' pelayar internet memamparkan halaman secara minimal. Menarik! Contoh: Fail flash tidak dipaparkan secara langsung tetapi akan paparkan butang "play" sahaja. Jika ditekan butang "play" tersabut, baru dipaparkan fail flash tersebut. Maklumat lanjut mengenai Opera Turbo di sini.


Setakat mencuba 1 jam membuat 'blogwalking', tiada masalah langsung dari segi paparan page seperti sesetengah pelayar internet yang sesuai dengan sesetengah script.


Untuk makluman, perisian ini boleh didapati secara percuma di laman Opera. Sila klik di sini untuk maklumat lanjut.

Adakah Sop akan kekal mengguna Opera? Mungkin :)
Previous
Next Post »