28 October 2010

Makan malam di RasaMas, Carefour Wangsa Maju

Makan di mana malam ini?
Seperti biasa, pada awal-awal bulan selera makan akan bertambah. Ada sahaja menu-menu yang terbayang untuk dinikmati. Oleh itu, malam tadi kami singgah di RasaMas untuk makan malam. Kali terakhir kami makan di RasaMas ialah pada bulan puasa yang lepas.

Untuk makluman, RasaMas mengadakan beberapa promosi menu baru untuk dinikmati. Pada malam ini, kami memilih menu "Eat all you can" yang hanya RM9.90! Sungguh murah kerana harga biasa jika tidak salah ialah RM14.90 untuk set seperti itu.

Kami tiba selepas Magrib dan ketika itu pelanggan masih tidak ramai. Tetapi selepas menjamu selera, baru perasan pelanggan RasaMas telah penuh. Mungkin terlalu fokus ketika makan sehingga tidak perasan kehadiran pelanggan lain! [lapar kot? huhuhuhu]

Apa tunggu lagi, segera ke RasaMas untuk mencuba menu baru!

Galeri gambar:













EmoticonEmoticon