17 October 2010

Latihan memadam kebakaran

Minggu lepas, pejabat kami mengadakan latihan kebakaran kepada pegawai kebakaran yang dilantik bagi mewakili bahagian tertentu. Tujuan pelantikan pegawai kebakaran ini ialah sebagai pembantu sekiranya berlaku kebakaran di pejabat.

Latihan ini dimulakan dengan taklimat oleh pegawai bomba dan penyelamat balai Sentul. Kami diterangkan secara teori dan pengenalan asas mengenai asas-asas membantu kebakaran.

Pada sebelah petang pula, kami didedahkan dengan latihan praktikal penggunaan alam pemadam api dan merasai pengalaman menggunakan semburan air.

Setelah sesi latihan tersebut, Sop baru sedar tentang kepentingan alam pemadam api. Dengan sedikit semburan sahaja, boleh memadam kebakaran kecil dengan pantas. Perlu diingatkan bahawa memadam kebakaran menggunakan air adalah berbahaya kerana boleh menambah lagi kemarakkan api. Berbeza dengan pancutan air oleh bomba kerana ia mempunyai tekanan air yang laju mampu memadamkan api.

Oleh itu, Sop mungkin akan menyimpan 1 tong alam pemadan sebagai langkah berjaga-jaga dalam rumah dan juga kereta.

Alam pemadam ini terdiri dari 2 jenis bahan iaitu serbuk kering dan cecair (Co2 & BCF). Untuk maklumat kebaikkan dan keburukkan 2 jenis alat pemadam api ini, sila rujuk di sini.


Galeri gambar:













EmoticonEmoticon