23 October 2010

Karnival sukan pejabat

Tahun ini pejabat Sop ada menganjurkan sukan untuk warga pejabat. Permainan yang dipertandingan adalah futsal, bola jaring, dart, carom dan congkak. Tujuan penganjuran karnival permainan ini ialah menanam sikap suka bersukan dan merapatkan hubungan antara warga pejabat.

Acara yang Sop sertai ialah futsal. Sebenarnya kali terakhir bermain futsal ialah pada tahun 2004. Bayangkan berapa lama tidak bermain tetapi atas dasar kesukanan, Sop sertai juga. Lagipun Sop suka permainan yang tidak pernah atau jarang bermainan. Memang Sop akui yang futsal bukan permainan yang disukai dan pandai.

Perlawanan diadakan berdasarkan undian dan kalah mati. Kumpulan Sop adalah gabungan 3 sektor dan pemain terdiri dari golongan veteran dan kaki bangku seperti Sop. Walaupun hanya 7 minit untuk separuh permainan tetapi kerana tiada stamina, ia rasa cukup lama. Sebelum ini tiada latihan atau juga mesyuarat untuk mengatur strategi. Datang ke karnival, terus bermain.

Kumpulan kami kalah dengan jaringan 1 - 0 kepada pihak lawan. Oleh kerana perlawanan kalah mati, hanya 1 perlawanan sahaja dapat bermain. Walaupun 1 perlawanan sahaja, tetapi kesan tetap terasa. Kaki agak lenguh-lenguh! Itu yang terjadi kepada orang yang tidak bersukan. huhuhuh

Sebelum itu, disebelah pagi diadakan senamrobik terlebih dahulu kepada semua warga pejabat. Memang seronok sekali sekala bersukan ini. Jika boleh diamalkan dan rutin lebih baik.

Galeri gambar:















EmoticonEmoticon