03 October 2010

Gambar kereta model terbaru Lotus

Majlis pelancaran lima model baru Lotus iaitu Esprit, Elise, Elan, Elite dan Eterne telah diadakan di Pameran Motor Paris 2010 yang sedang berlangsung di Porte de Varsailles, Paris. Berdasarkan 'review' yang dibuat oleh laman web dan bloggers yang hadir di pameran tersebut, model Lotus kali ini lebih baik.

Galeri gambar:











Ikuti berita tentang pelancaran keluaran terbaru Lotus dan sasaran Lotus terhadap keluaran tersebut yang dipetik dari Berita Harian:

GROUP Lotus Plc, anak syarikat Proton Holdings Bhd, menyasar menjual sehingga 10,000 unit setahun kereta sport keluarannya menerusi pengenalan lima model baru jenama berprestij itu ke pasaran tidak lama lagi.
Pengerusi Group Lotus dan Proton, Datuk Seri Nadzmi Salleh, berkata ketika ini kumpulan itu menjual kira-kira 2,000 unit setahun.
Katanya, Lotus kini giat menggariskan pelan pemasaran lebih agresif untuk melariskan jualannya dalam menyokong barisan produk baru yang dibangunkan itu.
"Ini adalah kali pertama dalam sejarah, Lotus melancarkan lima model baru serentak, yang akan dibangunkan syarikat dalam masa lima tahun akan datang.
"Kehadiran model empat pintu, Eterne memperluaskan lagi barisan produk membolehkan kita mempertingkatkan jualan kereta Lotus pada masa akan datang mungkin tiga atau empat kali ganda berbanding ketika ini.
“Sasaran antara 8,000 hingga 10,000 unit kereta Lotus setahun akan dicapai secara berperingkat susulan model berkenaan dibangunkan setiap 12 bulan sekali," katanya selepas majlis pelancaran lima model baru Lotus iaitu Esprit, Elise, Elan, Elite dan Eterne di Pameran Motor Paris 2010 yang sedang berlangsung di Porte de Varsailles, Paris.
Hadir sama, Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohamed Tahir dan Ketua Pegawai Eksekutif Lotus, Dany Bahar.
Nadzmi berkata, harga semua model baru terbabit akan ditetapkan mengikut pasaran selepas mengambil kira keupayaan daya saing dengan model keluaran syarikat lain dalam segmen sama.
Beliau yakin kemunculan lima model baru itu akan meningkatkan prestasi kewangan kumpulan Lotus yang dikuasai Proton sejak 13 tahun lalu.
Katanya, keupayaan pengurusan baru Lotus dengan pengalaman berkerja di pelbagai syarikat terkemuka yang turut terbabit dengan super car sebelum ini, menghasilkan lima model baru itu dalam tempoh sembilan bulan, membuktikan keupayaan mereka mengubah Lotus.


EmoticonEmoticon