10 October 2010

Chrome kembali laju dengan Full Speed


Entry sebelum ini ada dinyatakan tentang Google Chrome yang digunakan menjadi perlahan dan bermasalah. Setelah mendapati ramai rakan-rakan yang meninggalkan komen pun turut mengalami masalah yang sama, Sop perlu cuba mencari penyelesaian tersebut.

Sebelum ini, Sop pernah menggunakan software Full Speed ini semasa menggunakan Mozilla Firefox. Namun selepas menjadi pengguna Chrome, software tersebut tidak lagi digunakan kerana:
  1. Chrome sememangnya telah laju
  2. Full Speed hanya untuk IE dan Firefox 
Semasa mencari-mencari penyelesaian, teringat untuk mencuba kembali software tersebut. Versi terbaru sekarang (v3.6) disediakan secara percuma tetapi hanya untuk 'boost' biasa. Sekiranya untuk Pro Boost, masih memerlukan mendapatkan key. Versi terbaru juga masih untuk kegunaan pelayar IE dan Firefox.

Walaupun begitu, Sop cuba juga memasang software tersebut dan ia berhasil. Setelah beberapa kali mencuba, Sop dapat merasakan perbezaan sedikit setelah memasang software ini. Ia menunjukkan Full Speed ini turut membantu melajukan Chrome. Sekiranya berpuas hati, mungkin nanti boleh mendapatkan key bagi Pro Boost pula.

Kepada yang ingin mencuba, sila dapatkan software Full Speed di sini.
Maklumat lanjut, sila lawat laman web Full Speed.


EmoticonEmoticon