27 October 2010

Bola jaring lelaki, sesuai ker?

Adakah sesuai lelaki bermain bola jaring?
Persoalan ini merujuk kepada rencana berita Kosmo mengenai Liga Bola Jaring Lelaki "Bukan sukan lelaki lembut".

Tujuan utama sukan ialah untuk kesihatan dan kecergasan. Bila ia dipertandingkan, lebih banyak objektif yang disasarkan.

Namun begitu, setiap sukan telah diamalkan oleh masyarakat mewakili jantina tertentu seperti bola sepak untuk lelaki dan bola jaring untuk wanita. Perubahan-perubahan yang berlaku dalam dunia sekarang telah mengubah banyak perkara. Oleh sebab itu, telah banyak permainan lelaki turut dimainkan oleh kaum wanita seperti bola sepak, sepak takraw, futsal dan sebagainya.

Oleh itu, mengapa lelaki tidak juga memainkan sukan wanita seperti bola jaring?

Pada peringkat awal, mungkin banyak pihak tidak boleh menerima lelaki memainkan sukan bola jaring. Ini kerana bola jaring begitu sinomim dengan wanita sehingga ia sebati dalam pemikiran.

Sop sendiri jika diminta menyertai permainan bola jaring, pasti masih tidak boleh diterima. Minda masih dikongkong...[hhuhuhuhu] Mungkin apabila perkara ini telah meluas dan dimana-mana lelaki mula bermain bola jaring, baru boleh terima kot.. :)

Banyak sukan lelaki yang selalu main pun Sop tak main.. cam ner? huhuhuhu


EmoticonEmoticon