Azwar potong rambut di kedai gunting

Sebelum ini kebiasaan Sop sendiri yang potong rambut anak-anak. Jika Sop potong, memang botak kepada Azfar dan Azwar. Namun kerana kengkangan masa, agak sukar untuk potong rambut Azfar dan Azwar sendiri.

Petang tadi semasa menghantar mencuci motor dan kereta, sempat singgah ke kedai gunting yang terlepak di Sri Rampai untuk memendekkan rambut Azwar. Rambut Azfar telah digunting sebelum ini di bawah oleh 'Atuk' dan 'Nenek'nya.

Agak melucukan apabila melihat Azwar yang tidak biasa apabila tukang gunting memulakan tugas beliau. Azwar kelihatan takut dan pelik tetapi masih duduk diam di kerusi gunting tersebut.

Proses memotong rambut berjalan lancar. Azwar dapat mengikut arahan penggunting rambut dengan baik.

Hasilnya, Azwar kelihatan kemas dan comel [huhuhuh]. Selesai gunting, pengunting sempat membuat fesyen Ultraman rambut Azwar. Azfar turut meminta untuk membuat fesyen tersebut. Hasilnya, muncul 2 Ultraman di Sri Rampai [huhuhuhu]

Galeri gambar:







Previous
Next Post »