21 October 2010

4 tips membina tajuk entry blog

Seperti semua tahu, tajuk entry adalah elemen penting dalam sebuah entry. Tanpa tajuk, pasti entry anda tidak boleh di publish kan? huhuhu...

Kenapa tajuk entry penting?
Ikuti tips berikut untuk membina tajuk entry:
  • Sesuai - Tajuk entry perlu mengganbarkan apa yang anda tulis dalam entry. Ia perlu ringkas dan sesuai dengan entry anda. Sekiranya anda menulis entry mengenai perkara lain tetapi tajuk lain, pembaca akan keliru dan juga rasa tertipu. Contoh: Aku menang RM100,000! Tetapi hanya bermimpi sahaja. Jika sekali sekala mungkin menjadi lawak tetapi jika berterusan, pembaca mungkin tidak lagi membaca entry tajuk sebegitu.
  • Ringkas dan padat - Tajuk entry yang panjang akan menyebabkan kurang efektif dalam SEO. Ini kerana apabila tajuk yang terlalu panjang, semasa publish entry, blog akan mengambil 6 perkataan yang pertama sahaja. Contoh: 'Tips dan panduan untuk memastikan memilih tajuk entry yang paling sesuai' dan apabila dipublish, link yang dibina ialah "http://domain.com/tips-dan-panduan-untuk-memastikan-memilih.html. Selain itu, tajuk juga perlu memberi makna yang sesuai
  • SEO - Untuk mendapat pelawat dari injin carian, tajuk entry perlu fokus kepada keyword carian. Sekarang ini, pencari maklumat melalui injin pencarian lebih suka memasukkan keyword secara terperinci untuk memudahkan pencarian berbanding menulis keyword secara umum. Contoh carian: "bagaimana menjadikan komputer pantas?" berbanding "komputer pantas" Oleh itu, tajuk-tajuk perlu tertumpu kepada apa yang orang akan cari.
  • Menarik - Tajuk entry memainkan peranan sangat penting untuk memastikan pelawat membaca entry anda. Ia perlu selaras. Tajuk yang menarik dan entry juga perlu menarik. Sekiranya hanya tajuk menarik tetapi entry membosankan, ia juga tidak berkesan. Untuk memastikan tajuk entry menarik, pastikan ia mempunyai 'faktor wau!' atau 'gempak habis' iaitu menjadikan pelawat ingin tahu.
Terdapat banyak lagi tips lain untuk membina tajuk entry blog. Mungkin boleh dikongsi pada entry lain atau juga rakan-rakan bloggers boleh turut menyumbang.

Sebarang maklumbalas atau penambahbaikan, sila tinggalkan di rungan komen.


EmoticonEmoticon