06 October 2010

4 cara untuk mendapatkan header blog

Seperti entry sebelum ini (tips memilih header) ada dinyatakan kepentingan header dalam sebuah blog. Mungkin menjadi persoalan bagaimana pula hendak mendapat header yang baik. Di sini ingin dikongsikan 4 cara yang boleh dilakukan untuk mendapat header yang baik:

1. Buat sendiri
Sekiranya anda mempunyai kemahiran, adalah baik membuatnya sendiri kerana ia boleh dilakukan mengikut kehendak anda sepenuhnya. Namun jika anda tiada kemahiran tetapi ingin membuatnya sendiri, terdapat pelbagai tutorial yang disediakan di internet sebagai rujukan. Contoh tutorial adalah seperti berikut:

  1. 70 Excellent Logo Design Tutorials and Resources
  2. 60+ Beautiful Logo Design Tutorials And Resources
  3. 40 Logo Design Tutorials
2. Memohon bantuan rakan
Sekiranya anda mempunyai rakan yang berkemahiran dalam grafik, ini adalah masa yang sesuai untuk memohon pertolongan. Mohon bantuan rakan dengan memberikan maklumat-maklumat tentang header yang diinginkan. Selepas siap, pastikan belanja kawan teh tarik yer.. huhuhuhu

3. Mengadakan peraduan - Mengadakan peraduan membina header bukan sahaja dapat menghasilkan header blog anda yang terbaik (berdasarkan pilihan anda) tetapi juga boleh mendapat trafik serta backlink. Ramai bloggers yang telah menganjurkan peraduan ini untuk mencari header yang terbaik. Untuk sambutan yang menggalakkan, pastikan anda menyediakan hadiah yang sesuai. Sekiranya hadiah lumayan, lebih banyak penyertaan akan diterima.

4. Mengupah profesional
Sekiranya anda memerlukan hasil yang paling berpuas hati, sila guna perkhidmatan grafik profesional. Header yang dihasilkan pasti anda akan berpuas hati. Hasil kerja profesional sememang hebat dan anda berhak memberi pandangan atau pembetulan sekiranya masih tidak berpuas hati kerana anda membayar perkhidmatan tersebut.

Semoga anda dapat header yang terbaik untuk blog anda. Sekiranya terdapat cara lain untuk dikongsi, sila siarkan di ruangan komen.


EmoticonEmoticon