3 tips memilih header blog

Header adalah sesuatu yang penting bagi sebuah bloh kerana ia sebagai identiti kepada blog. Header yang menarik pasti menjadikan pelawat lebih mengingati blog anda. Namun begitu, sekiranya tidak memilih header yang terbaik, ia mungkin boleh menjejaskan blog anda.

Ikuti tips berikut untuk membantu memilih header anda:

  • Menarik dan unik - Header yang menarik dan unik boleh menjadikan ia mudah diingati oleh pengunjung dan kekak sebagai identiti. Header juga adalah menjadi paparan utama kepada blog dan boleh jadikan sebagai cinta pandang pertama. Oleh sebab itu, terdapat blog yang sanggup menggunakan perkhidmatan pembina grafik untuk mendapatkan header yang terbaik.
  • Ringan dan cepat - Ringan dan cepat merujuk kepada saiz fail header tersebut. Header yang bersaiz fail besar boleh menjadikan laman blog lambat untuk dipaparkan. Pengunjung tidak gemar melawat blog yang lambat. Ia terutamanya pelawat yang memiliki internet yang perlahan. Sebaiknya setiap fail bersaiz bawah 100kb. Namun begitu, sekiranya saiz fail terlalu kecil, ia akan menjejaskan pixel fail header tersebut. Pastikan ia bersesuaian dengan blog anda.
  • Memberi informasi - Informasi yang dimaksudkan ialah memperkenalkan nama dan link URL blog anda. Peluang ini boleh digunakan untuk menjadikan pengunjung mudah mengingati laman anda. Apabila ingat, lebih mudah dan kerap pelawat mengunjungi anda. Oleh itu, kita sering melihat ramai yang jadikan URL blog sebagai logo.
Tips di atas hanya sekadar panduan sahaja. Setiap header mempunyai ciri-ciri istimewa tersendiri dan pemilik blog lebih mengetahuinya. Oleh sebab itu, paling utama header anda ialah anda sukakannya.

Semoga tips ini dapat memberi panduan dan informasi. Sekiranya terdapat tips lain, sila kongsikan di ruangan komen.
Previous
Next Post »