19 September 2010

Review movie DEVIL

Anda telah menonton filem DEVIL?
Jika belum, baca review ini dulu, kemudian baru pergi tengok yer, huhuhu

Semasa menonton filem DEVIL ini, Sop kurang sihat tetapi memandangkan tiada tiket awal, jadi terpaksa membeli tiket jam 11.30 malam. Kiranya midnight show la.. Sejak berkahwin, belum pernah lagi menonton waktu tengah malam terutama dengan anak-anak. Malam tersebut, hanya Sop yang bawa anak kecil (Azfar dan Azwar).

DEVIL ni cerita pasal apa?
Pada peringkat awal tertanya juga apa kisah cerita ini kerana tiada pembayang atau gambaran mengenai perjalanan cerita. Ia bermula apabila kejadian 4 orang yang terperangkap dalam lift. Masa itu baru bermula tanda tanya dan detik mencemaskan. Seorang demi seorang terbunuh dan ketika itu sangat tertanya-tanya siapa yang membunuhnya?

Akhir sekali baru ditunjukkan DEVIL tersebut yang memasukki badan perempuan tua yang terperangkap dalam lift tersebut. DEVIL ini dikaitkan mengambil nyawa manusia yang berdosa. Dalam lift tersebut, tinggal seorang sahaja yang terselamat kerana beliau insaf tidak bertanggungjawab kes langgar lari.

Bagi Sop cerita ini biasa sahaja dan cuma beberapa aksi cemas yang menarik perhatian penonton. Ia bukan cerita hantu yang menyeramkan tetapi lebih kepada adegan mengejutkan. Rating yang Sop boleh bagi ialah 6/10 sahaja.

Galeri gambar:
bergambar bersama banner, satu kemestian
sedang melihat preview di TV
jenguk popcorn ditambah oleh pekerja TGV
asyin melihat preview filem apa tah?
lepak atas kaunter? iks...
peace!! huhuhu
aksi yang sempat dirakam.. :)


EmoticonEmoticon